Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bimbang tak dapat balik raya, ibukota dipenuhi orang ramai

Mungkin hari raya pada tahun ini disambut secara alam maya dan ‘video call’ sekali lagi.

Suasana di sekitar Bukit Bintang malam tadi.
Suasana di sekitar Bukit Bintang malam tadi.

Itu antara luahan netizen apabila melihat gambar sambutan ambang tahun baharu sekitar ibu kota semalam dipelbagai platform media sosial malam tadi.

Menerusi gambar yang dikongsi di laman sosial itu, kelihatan beberapa tempat yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai pada malam ambang tahun baharu dipenuhi pengunjung sehingga keadaan menjadi sesak.

Antaranya sekitar Menara Berkembar Kuala Lumpur (KL Twin Tower), Bukit Bintang dan beberapa kawasan sekitarnya.

Lebih membimbangkan gambar tersebut kelihatan tidak ada penjarakan sosial antara pengunjung serta tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.


Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen bimbang jika kes jangkitan Covid-19 menular semula dan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

“Kerajaan dah bagi amaran jangan berkumpul malam ambang tahun baharu tetapi ramai juga yang degil semalam.

“Kalau ada yang positif Covid-19 habislah berjangkit nanti, takkan nak PKP sekali lagi? soal Mah Hassan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Panglima Perang Dua.

“Nampak gayanya beraya dalam alam maya lagilah tahun ini, penuh sesak orang malam tadi, tak serik ke kena PKP? Orang nak balik beraya kat kampung tahun ini tolonglah jangan degil,” tegasnya. -K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan