Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] “Sebak tengok” beberapa pemuda India bantu cuci masjid buat ramai tersentuh...

Fenomena banjir yang luar biasa berlaku di semenanjung Malaysia baru-baru ini nyata membuatkan negara kita berada dalam keadaan ‘tenat’ disebabkan kemusnahan harta benda dan ada yang kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya akibat terkorban.

Beberapa orang pemuda India membantu membersihkan sebuah masjid di Klang selepas banjir surut menjadi viral setelah video aktiviti mereka dikongsian TikTok
Beberapa orang pemuda India membantu membersihkan sebuah masjid di Klang selepas banjir surut menjadi viral setelah video aktiviti mereka dikongsian TikTok

Kehilangan dan kerosakkan harta benda, tanah runtuh, pokok tumbang dan penutupan jalan di banyak kawasan. Malah tempat suci iaitu pusat beribadat seperti masjid, kuil dan gereja tidak terkecuali.

Bagaimanapun, bencana alam banjir kali ini nyata membuka mata semua rakyat Malaysia dalam pelbagai segi tidak kira agama, bangsa mahupun kaum.

Sebelum ini, kita meiihat rakan-rakan masjid serta jawatankuasa gurdwara yang menyediakan makanan, tempat perlindungan dan ibadah buat orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

Kali ini, seorang pemuda berbangsa India berkongsi detik mereka menyertai misi bantuan banjir di sebuah masjid di Klang yang terjejas.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rejean08i0, kelihatan mereka sedang bertungkus lumus mengeluarkan air banjir daripada masjid.

“Thanks a lot For ur loves and support ,we will continue our service for the community as much we can”- katanya

Berikut merupakan video yang tular di TikTok:

@rejean0810

#MisiBantuanBanjir#KerjaPembersihanMasjidDiKlang#KitaPrihatin#BangsaMalaysia#WeCare

♬ original sound - VM SAJATH-❤️-AMMA-❤️-BOYS-🌿S

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 588.8K tontonan, 70.8K tanda suka, 6906 komen dan 2937 perkongsian di TikTok.

Rakaman video pendek tersebut juga mendapat reaksi daripada Kementerian Perpaduan Negara.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa syukur atas keprihatinan rakyat Malaysia yang menjaga antara satu sama lain tanpa mengenai bangsa dan agama.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap agar sikap murni yang ditunjukkan rakyat Maiaysia kebelakangan ini dapat dikekalkan sampai biia-bila.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan