Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Mayat seorang lelaki ditemui di atas jalan setelah banjir surut

Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan selepas paras air banjir surut, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam, hari ini.
Mayat seorang lelaki ditemui di atas jalan setelah banjir surut
Tangkap layar video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial menunjukkan satu mayat di atas jalan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam kira-kira 7.50 malam.

“Mangsa adalah penghuni sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam, malam ini. - Foto tular
Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam, malam ini. - Foto tular

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat di media sosial menunjukkan satu mayat di atas jalan.

Difahamkan, mayat itu ditemui selepas paras air banjir di kawasan berkenaan mula menurun sejak petang tadi.

Kawasan berkenaan antara yang terjejas serta dinaiki air sejak petang semalam, susulan banjir kilat di beberapa daerah di Selangor. 

Sumber: FMT


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan