Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ego betul, tak tahu tanya”- Wanita kecam wartawan tulis tajuk berita Banjir Termenung ’…

Ada sesetengah pengguna media sosial yang selalu bersikap serkap jarang dengan membuat andaian sendiri tanpa bertanya dulu terhadap sesuatu isu.

Wanita Kecam Wartawan Tulis Berita Banjir Termenung Sekali Kena ‘Tarbiah’…
Wanita kecam wartawan tulis tajuk berita Banjir Termenung

Seperti beberapa hari lepas, seorang wanita dikecam oleh warganet kerana komen yang ditulis di salah satu portal yang berkaitan dengan banjir.

Beliau memberikan komen terhadap satu tajuk dari portal berita BERNAMA [Banjir termenung sukarkan proses salur bantuan kepada mangsa]. Yakin pulak tu suruh wartawan bancuh kopi dulu sebelum menulis. Amboi…

Komen seorang warganet wanita memperlekeh istilah “banjir termenung” dalam tajuk berita

Ternyata komen wanita itu mendapat perhatian orang ramai kerana cepat mempertikaikan kesalahan orang lain tanpa mengetahui salah sendiri.

Malah ada beberapa tweet dari netizen yang menjelaskan maksud sebenar ‘banjir termenung ini’. Patutlah bila scroll Twitter semalam, ramai bercakap pasal istilah ni… Tapi, tweet bawah ni yang menarik perhatian ramai.


Wah, setepek je lelaki ni tegur kat kapsyen!
“Buat yang baru nak kenal banjir, banjir termenung itu maksudnya air bertahan dan lambat surut. Istilah itu memang dah lama wujud...

Replies kepada tweet tersebut juga menunjukkan orang ramai bertanya tentang perkataan-perkataan lain yang mengelirukan mereka sebelum ini. Haa, kan bagus macamni… Tanya dulu sebelum yakin untuk tulis komen.

Disebabkan itu, ebih baik kita mencari sumber atau buatrujukan terlebih dahulu sebelum nak bagi komen atau apa-apa statement. Bukan apa, nanti diri sendiri yang malu bila kena kecam.

Rupanya, istilah ‘air genang’ dan ‘air pegun’ pun boleh digunakan untuk describe keadaan ‘banjir termenung’ ni.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan