Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Boleh pakai juga idea ni, pemilk kenderaan guna cara pelik untuk umpan pencuri

San Francisco: Agak pelik namun penduduk di kawasan teluk, dekat San Francisco dan Oakland, Amerika Syarikat (AS) sanggup mengambil risiko dengan membiarkan but kenderaan mereka terbuka sebagai usaha menghalang kegiatan pecah kereta daripada berleluasa.

Boleh pakai juga idea ni, pemilk kenderaan guna cara pelik untuk umpan pencuri
Penduduk di kawasan teluk, dekat San Francisco dan Oakland, Amerika Syarikat (AS) sanggup mengambil risiko dengan membiarkan but kenderaan mereka terbuka sebagai usaha menghalang kegiatan pecah kereta - Gambar Youtube

Oddity Central melaporkan, ia berikutan peningkatan kes pecah kereta sejak kebelakangan ini, yang menyebabkan penduduk berbuat begitu bagi mengumpan pencuri. Ia bagi menunjukkan tiada apa di dalam but kenderaan.

Beberapa media tempatan melaporkan semakin ramai penduduk mula mengeluarkan semua barangan berharga dari kenderaan mereka, membuka kunci pintu dan membiarkan but terbuka semasa mereka menjalankan perniagaan.

Sekurang-kurangnya, pencuri tidak perlu memecahkan tingkap untuk mencari barang berharga yang disangka disimpan di dalam kereta.

"Tiada apa-apa di dalam kereta saya, dan mereka dapat melihat bahawa tiada apa-apa untuk dibawa," Parisa Hemmat, pemilik perniagaan di Oakland, memberitahu Inside Edition, sambil meninggalkan kenderaan utiti sukan (SUV) dengan butnya terbuka luas.

NBC Bay Area melaporkan kes pecah kereta di San Francisco meningkat hampir 200 peratus sejak tahun lalu dengan kira-kira 74 kes baharu dilaporkan setiap hari.



Sebahagian pemilik kereta juga meletakkan papan tanda di tingkap yang bertulis: "Sila gunakan pintu" atau "Tolong Jangan Pecahkan Cermin! Tiada apa-apa di dalam!".

Biarpun trend meninggalkan kereta dengan pintu tidak berkunci dan but terbuka apabila diparkir menjadi popular di kawasan teluk, polis tetap memberi amaran kepada orang ramai.

"Mereka boleh mencuri bateri dan tayar kereta kamu.

"Mereka boleh memeriksa glove compartment (tempat menyimpan barang-barang kecil) dan mencari tempat tinggal kamu. Tindakan itu boleh mengundang masalah," kata bekas Timbalan Ketua Polis San Francisco Garret Tom. - MyMetro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan