Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Letak Tanda '$' Pada Logo Polis, PDRM Akan Panggil Anak Muhyiddin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan memanggil Farhan Yassin kerana telah menghina lambang polis.


Letak tanda '$' pada logo polis, PDRM akan panggil anak Muhyiddin Yassin
Letak tanda '$' pada logo polis, PDRM akan panggil anak Muhyiddin Yassin
Khalid mengesahkan akan memanggil Farhan melalui laman Twitternya akan memanggil farhan yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana lambang ‘$’ di logo PDRM.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima oleh mereka sehingga kini mengenai perkara itu, lapor Portal Berita Sinar Harian.

Letak Tanda '$' Pada Logo Polis, PDRM Akan Panggil Anak Muhyiddin Yassin

Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang.

Pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana individu yang menghina pihak berkuasa termasuk PDRM.

“Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit ‘task force’ akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.

“Kita akan memaklumkan pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini,” katanya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan