Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sultan Johor berkenan sumbang dana RM50 juta kepada kelab Johor Darul Ta'zim

Penyokong pasukan bola sepak Kelantan rata-rata berasa teruja meraikan penaja baru mereka, Vida Beauty Sdn Bhd, yang dikatakan akan menyumbang lebih RM20 juta untuk musim hadapan selepas dipersetujui pada hari Jumaat.

Sultan Johor Berkenan Sumbang RM50 juta pada JDT
Namun, penyokong kelab Johor Darul Ta’azim (JDT) juga mampu bergembira apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, baru sahaja menyumbang RM50 juta kepada kelab negeri selatan itu.

“Baginda berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM50 juta kepada kelab bolasepak Johor Darul Ta’azim,” kata sebuah coretan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam.


DYMM SULTAN JOHOR KURNIA SUMBANGAN RM50 JUTA KEPADA KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIMSelain keprihatinan DYMM Sultan...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 9, 2016

“DYMM Tuanku membuat keputusan tersebut kerana baginda amat gembira melihat sukan bolasepak memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan Bangsa Johor, dan mengharumkan nama Johor di persada dunia.”

“DYAM Tunku Mahkota Johor, selaku pemilik kelab bolasepak JDT menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Tuanku atas kurniaan kepada JDT tersebut.”

Sebagai rekod, JDT meraih tiga piala kemenangan musim lepas selepas merangkul Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


Kejayaan cemerlang tersebut menyaksikan JDT membolot lapan daripada 17 anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, pada Disember lepas, termasuk anugerah khas kejayaan mereka menjadi wakil pertama Malaysia muncul juara Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004.

Kelantan, yang juga digelar The Red Warriors (TRW), sebelum ini dilaporkan tidak mampu menyaingi kelab lain seperti JDT dalam musim lepas kerana kesempitan dana berbanding kelab-kelab tersebut.

Dengan persetujuan yang dicapai minggu lepas, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru akan dicat warna merah jambu, sementara pasukan Kelantan bertukar nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Selain dua syarat ini, lapor portal Berita Harian, perbincangan itu turut menyaksikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, pemilik Vida Beauty Sdn Bhd.

Sumber : Malay Mail


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan