Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pemandu berdepan detik mencemaskan, lori kontena terbakar tiba-tiba di Shah Alam

Shah Alam: Pemandu lori kontena berusia 37 tahun berdepan detik mencemaskan apabila bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning, Lebuhraya KESAS, petang tadi.

Detik-detik mencemaskan, lori kontena terbakar tiba-tiba di Shah Alam
Sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba Shah Alam ke lokasi kejadian

Dalam kejadian 4.22 petang itu, mangsa dikenali sebagai Aziz Awang sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api mulai marak.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba Shah Alam ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian itu.

"Kebakaran hanya membabitkan bahagian hadapan lori yang musnah 100 peratus.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.- myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan